Saturday, 7 December 2013

PENGENALAN

Hai sahabat dan rakan sekalian. Selamat datang ke Blog Pakej Percutian Murah sekitar Thailand. Blog ini dikendalikan oleh Shahworkz Agency. Kami adalah salah sebuah syarikat hak milik bumiputera sepenuhnya dan berdaftar dengan SSM. 
Pengalaman kami sejak mula beroperasi dari tahun 2008 lagi dalam industri pelancongan telah membuat kami melangkah setapak lagi dengan menghasilkan Blog ini yang dikenali sebagai Shahworkz-Agency.blogsport.com. Di dalam blog ini kami kongsikan serba sedikit tip pelancongan, pengalaman menarik, info tempat lawatan, foto menarik dan segala yang berkaitan tentang percutian.

Apakah perkhidmatan yang kami tawarkan?
Kami menawarkan pakej-pakej menarik secara berkumpulan dan juga persendirian (private tour) ke Thailand. Selain itu pihak kami juga menyediakan perkhidmatan van VVIP dan bas dari Thailand.

Bagaimana dengan harga yang tawarkan?
Harga pakej yang kami tawarkan ini adalah amat kompetitif dan berbaloi. Dengan adanya kecanggihan teknologi, kami membantu anda untuk memudahkan lagi kerja-kerja mendapatkan pakej percutian yang anda inginkan. Anda bukan sahaja dapat menjimatkan masa malah menjimatkan wang kerana tidak perlu datang ke pejabat kami untuk berbincang. Tidak kira dimana anda berada, dari Sabah hinggalah ke Perlis kami sedia membantu anda untuk pergi bercuti sama ada berkumpulan mahupun secara persendirian.